Kem Badan Pengawas Sekolah diadakan seperti berikut:
Tarikh: 17-18 Julai 2009
Tempat: Cherok To'Kun Relics, Bukit Mertajam.
Gambar sebelah sebelum bertolak ke destinasi. Semua pelajar berkumpul di sekolah pada pukul 10 pagi dan dari sekolah bertolak pada pukul 11 pagi.
Semasa perjalanan ke destinasi dengan menaiki bas sekolah. Guru-guru juga turut mengiringi pelajar-pelajar. Perjalanan mengambil masa selama setengah jam.
Para pelajar berkumpul di dewan setelah sampai di Cherok To'Kun Relics di Bukit Mertajam. Mereka dibahagikan kepada kumpulan dan diberikan beberapa tugas seperti melantik ketua kumpulan, mereka cipta bendera kumpulan masing-masing, belon juga diberikan, dan diberikan nama kumpulan masing-masing.
Setiap kumpulan sedang sibuk mereka cipta bendera masing-masing. Pelbagai lukisan dan cara dilakukan. Anak-anak An-Najihin sangat kreatif!
Seterusnya, bacaan ikrar badan-badan pengawas sekolah. Mereka juga turut diberikan amanah untuk menjaga belon sepanjang program tanpa memecahkan belon tersebut. Mereka berikrar dengan penuh semangat.
Selepas menunaikan solat Zuhur dan makan tengahari, aktiviti seterusnya adalah isi air di dalam botol dengan hanya menggunakan tangan dan straw yang diberikan. Jarak di antara botol dan air sungai agak jauh. Pelajar hendaklah menggunakan kreativiti masing-masing untuk mengisi air di dalam botol sehingga penuh. Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar. Anak-anak An-Najihin sangat cergas!
Kemudian, para pelajar dikehendaki duduk setengah selama 15 minit! Sangat mencabar fizikal dan mental pelajar. Aktiviti ini sangat memerlukan kecekalan mental. Jika tidak, tak sampai 5 minit boleh jatuh! sebab dah terlalu lenguh...kesian anak-anak nih ye...hehe..saba ye anak-anak..
Selepas menunaikan solat asar dan minum petang, aktiviti seterusnya adalah kawad kaki selama 2 jam bersama Encik ----. Beliau adalah seorang bekas polis. Masa ni lah mendisiplinkan diorang ni.."Dari kanan, ke kanan....pusing!" hehe..
Selepas menunaikan solat Maghrib, kuliah maghrib oleh Ustaz Hafiz Al-Hafiz. Khusyuk diorang dengar kuliah maghrib ustaz kesayangan diorang ni ye! Alhamdulillah..
Kemudian, pada sebelah malamnya para pelajar meneruskan dengan aktiviti "Burung Hantu". Mereka dilepaskan seorang demi seorang mengikut track yang di sediakan. Ini adalah aktiviti yang paling mencabar. Dari sinilah, kita boleh melihat keberanian dan kepimpinan diorang nih. Sabar je la ye anak-anak.. Jangan takut..Kita perlu takut pada Allah s.w.t sahaja.. (Maaf gambar2 tak dapat disiarkan).
Pada esok harinya, pagi-pagi lagi selepas menunaikan solat Subuh dan kuliah Subuh aktiviti "Jungle Tracking". Aktiviti ini adalah bersama-sama guru-guru. Penatnyaa...
Upacara terakhir adalah watikah perlantikan Badan-badan Pengawas Sekolah oleh Mudir sekolah Ustaz Imran. Selepas itu, perkhemahan badan pengawas tamat pada pukul 3 petang.
Moderator-Ummi Azuawati
0 ulasan:
Catat Ulasan