Assalamu'alaykum...
Haa...d cnie ade xtvt sek yg bru nk d mskkan ke dlm blog sekolah nih...phak sek telah membuat kem BAHAMAS (Bahasa Arab) di Pendang Lake, Pendang, Kedah DA. Kem ini telah di adakan pada bulan Jun 2009 selama 3 hari 2 malam.
Pada sebelah malamnya ada seafood barbeque...sedap di makan...hehe...
Ini adalah aktiviti kembara berhalangan untuk para pelajar..agak mencabar juga ye! semangat anak2 Najihin!..
Tidak lupa juga terdapat aktiviti berkayak...guru2 berpasangan dengan anak2 najihin tuk berkayak..enjoy it!
Moderator-Ummi Azuawati
Isnin, 16 November 2009
Kem BAHAMAS
Label: perkhemahan
Isnin, 26 Oktober 2009
PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG!
Salamun 'Alayk...
Pendaftaran untuk pelajar baru tahun 2010 di buka mulai sekarang! Sila contact pihak sekolah untuk mendapatkan BORANG PENDAFTARAN. Boleh datang ke sekolah ataupun call mudir sekolah untuk dapatkan b0rang ea..
Ini alamat dan contact number sekolah ea..
SEKOLAH TAHFIZ SAINS AN-NAJIHIN
No. 58, Kg. Padang Kulim,
09000 Kulim,
Kedah Darul Aman.
No Tel: 04-4909160 / 013 – 502 3147
No. 58, Kg. Padang Kulim,
09000 Kulim,
Kedah Darul Aman.
No Tel: 04-4909160 / 013 – 502 3147
Ok,..WELCOME TO AN-NAJIHIN'S LIFE~
wassalam..
Moderator-Ummi Azuawati
Label: pendaftaran2010
Final Exam is around d corner!
Assalamualaykum...
Yeah...final exam is around d corner! Hope success anak2 Najihin...! Ummi2 n ustaz2 d0akan kalian semua yerk..
"Man Jadda Wa Jada" - Sesiapa yg berusaha pasti dapat..
Moderator
-Ummi Azuawati
Khamis, 27 Ogos 2009
Ramadhan Al-Mubarak
Bulan Ramadan al- Mubarak antara bulan yang digandakan amalannya, pada bulan ini digalakkan bersedekah malah ia merupakan sunnah Nabi SAW dan salah satunya ialah memberi makan untuk orang berbuka puasa.
Bahawa hadis Nabi menyebut:"Sesiapa yang memberi minum orang yang berpuasa maka ia akan diberi minum oleh Allah SWT daripada kolam-Nya di hari akhirat nanti yang mana minumannya tidak akan dahaga sehingga dia masuk syurga."
Hadis Nabi menyebut bahawa: "Pagi-pagi lagi Malaikat berdoa kepada orang yang bersedekah supaya ditambahkan hartanya dan orang yang kedekut akan dibinasakan hartanya."
Bersedekah kepada fakir miskin akan mendapat empat kelebihan untuk mengukuhkan dunia ini. Empat perkara tersebut ialah keadilan pemerintah, ulama yang beramal, pemurahnya orang yang hartawan dan doa daripada orang fakir.
Sekurang-kurangnya bersedekah kepada fakir miskin boleh mengurang tahap jurang sosial, kebanyakan orang fakir ialah terdiri daripada orang yang berjiwa halus dan apabila bersedekah kepada orang fakir mereka akan berasa diri tidak dipinggirkan.
Moderator-Ummi Azuawati
Rabu, 26 Ogos 2009
Kem Badan Pengawas
Kem Badan Pengawas Sekolah diadakan seperti berikut:
Tarikh: 17-18 Julai 2009
Tempat: Cherok To'Kun Relics, Bukit Mertajam.
Gambar sebelah sebelum bertolak ke destinasi. Semua pelajar berkumpul di sekolah pada pukul 10 pagi dan dari sekolah bertolak pada pukul 11 pagi.
Semasa perjalanan ke destinasi dengan menaiki bas sekolah. Guru-guru juga turut mengiringi pelajar-pelajar. Perjalanan mengambil masa selama setengah jam.
Para pelajar berkumpul di dewan setelah sampai di Cherok To'Kun Relics di Bukit Mertajam. Mereka dibahagikan kepada kumpulan dan diberikan beberapa tugas seperti melantik ketua kumpulan, mereka cipta bendera kumpulan masing-masing, belon juga diberikan, dan diberikan nama kumpulan masing-masing.
Setiap kumpulan sedang sibuk mereka cipta bendera masing-masing. Pelbagai lukisan dan cara dilakukan. Anak-anak An-Najihin sangat kreatif!
Seterusnya, bacaan ikrar badan-badan pengawas sekolah. Mereka juga turut diberikan amanah untuk menjaga belon sepanjang program tanpa memecahkan belon tersebut. Mereka berikrar dengan penuh semangat.
Selepas menunaikan solat Zuhur dan makan tengahari, aktiviti seterusnya adalah isi air di dalam botol dengan hanya menggunakan tangan dan straw yang diberikan. Jarak di antara botol dan air sungai agak jauh. Pelajar hendaklah menggunakan kreativiti masing-masing untuk mengisi air di dalam botol sehingga penuh. Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar. Anak-anak An-Najihin sangat cergas!
Kemudian, para pelajar dikehendaki duduk setengah selama 15 minit! Sangat mencabar fizikal dan mental pelajar. Aktiviti ini sangat memerlukan kecekalan mental. Jika tidak, tak sampai 5 minit boleh jatuh! sebab dah terlalu lenguh...kesian anak-anak nih ye...hehe..saba ye anak-anak..
Selepas menunaikan solat asar dan minum petang, aktiviti seterusnya adalah kawad kaki selama 2 jam bersama Encik ----. Beliau adalah seorang bekas polis. Masa ni lah mendisiplinkan diorang ni.."Dari kanan, ke kanan....pusing!" hehe..
Selepas menunaikan solat Maghrib, kuliah maghrib oleh Ustaz Hafiz Al-Hafiz. Khusyuk diorang dengar kuliah maghrib ustaz kesayangan diorang ni ye! Alhamdulillah..
Kemudian, pada sebelah malamnya para pelajar meneruskan dengan aktiviti "Burung Hantu". Mereka dilepaskan seorang demi seorang mengikut track yang di sediakan. Ini adalah aktiviti yang paling mencabar. Dari sinilah, kita boleh melihat keberanian dan kepimpinan diorang nih. Sabar je la ye anak-anak.. Jangan takut..Kita perlu takut pada Allah s.w.t sahaja.. (Maaf gambar2 tak dapat disiarkan).
Pada esok harinya, pagi-pagi lagi selepas menunaikan solat Subuh dan kuliah Subuh aktiviti "Jungle Tracking". Aktiviti ini adalah bersama-sama guru-guru. Penatnyaa...
Upacara terakhir adalah watikah perlantikan Badan-badan Pengawas Sekolah oleh Mudir sekolah Ustaz Imran. Selepas itu, perkhemahan badan pengawas tamat pada pukul 3 petang.
Moderator-Ummi Azuawati
Label: perkhemahan
Sekapur Sirih
Assalamu'alaykum w.b.t.
Di sini ana sebagai moderator untuk blog TAHSIN ini mengucapkan AHLAN WA SAHLAN atau SELAMAT DATANG kepada yang menjengah ke blog ini. Moga dengan isi yang tak seberapa banyak memberi pahala pada semua.
Langgan:
Catatan (Atom)